SELAMAT DATANG KE BLOG j-QAF SK PUTRAJAYA PRESINT 16(2)

Wednesday 11 July 2012

Update berita j-QAF terdahulu dan akan datang

Assalamualaikum WBT...
Agak lama tidak update status di Blog ini kerana pelbagai komitmen kerja yang lain.


  • Kem Bestari Solat kedua telah dilaksanakan pada 23 Mei 2012 yang lalu dengan jayanya.
  • Guru pelatih j-QAF iaitu ustazah Siti Salinie dan Ustazah Siti Asma kini sedang 'bercuti' menunggu posting.
  • Sekolah menerima guru j-QAF baru Ustazah Izan (kohort 2005) dari Johor selepas cuti pertengahan tahun yang lalu
  • Ustaz Firdaus bergelar bapa pada 18 Jun 2012.
  • Ustazah Izan bersalin anak yang keempat pada 25 Jun 2012.
  • Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan ceramah Israk Mikraj pada 22 Jun 2012 (ceramah oleh Ustaz Lazi)
  • Penyelaras j-QAF telah menghadiri mesyuarat penghantaran e-pelaporan peringkat Putrajaya pada 6 Jun 2012 dan diarahkan menghantar nama peserta Kem Bina Juara peringkat Putrajaya dengan kadar segera.

Untuk hal-hal lain, SK Putrajaya Presint 16(2) telah menjalankan acara awal sukan dan acara kemuncak akan berlangsung pada Ahad ini iaitu 15 Julai 2012. (Isnin cuti peristiwa)
 Pada 13 dan 14 Julai 2012 akan diadakan Kem Bina Juara peringkat Putrajaya di Masjid Tuanku Mizan (Masjid Besi).. 6 Peserta yang dipilih ialah:
  1. Jasmin Nur Sabrina (5A)
  2. HAziq Hakimie (4A)
  3. Amirul Shafiq (4A)
  4. Ahmad Nabihan (4A)
  5. Nuralya Batrisyia (4A)
  6. Nur Hana Damia (4A)
Semoga semua peserta mendapat manfaat dan syafaat melalui program yang amat baik dan hebat ini.

Alhamdulillah semua program Panitia agama berjalan dengan lancar setakat ini. Wassalam

Berjumpa lagi selepas ini.

No comments:

Post a Comment