SELAMAT DATANG KE BLOG j-QAF SK PUTRAJAYA PRESINT 16(2)
Showing posts with label Pengumuman 2012. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman 2012. Show all posts

Sunday, 8 April 2012

Kejayaan Majlis Tilawah Al-Quran 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tahniah buat kontijen SK Putrajaya Presint 16(2) di atas kejayaan mendapat tempat ketiga keseluruhan untuk Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Putrajaya Tahun 2012.. Kejayaan ini adalah hasil kemenangan Adik Lidiya Sabrina bt Faisal sebagai Johan Pertandingan Hafazan Perempuan dan Adik Nurneesa Akmal bt Rosni sebagai Naib Johan Pertandingan Bercerita Perempuan.

Pertandingan ini adalah acara setiap tahun dan pada tahun ini berlangsung di SMK Putrajaya Presint 11(2) pada 7April 2012(Sabtu) . Semoga kejayaan peserta sekolah kita akan dapat diteruskan hingga ke peringkat yang seterusnya. Tahniah buat semua ahli Panitia Pendidikan Islam yang sama-sama bekerjasama membimbing peserta tanpa mengenal erti penat lelah. Tahniah buat Ketua Panitia yang sentiasa bekerja keras.. Kepada peserta-peserta lain yang gagal mendapat kemenangan teruskan berusaha untuk pertandingan tahun depan. Insya Allah kita akan sentiasa berjaya :)

Monday, 2 April 2012

MTQ Putrajaya

Majlis Tilawah al-Quran peringkat Putrajaya akan berlangsung pada Sabtu ini 7 April 2012 di SMK Presint 11(2).. Guru-guru sibuk melatih wakil-wakil sekolah. Semoga wakil sekolah dapat mengharumkan nama sekolah :) Antara peserta-peserta sekolah ialah Lidiya Sabrina, Hana Damia, Nur Neesa, Haziq Hakimi, Irfan. Penasyid-penasyid sekolah juga sedang sibuk berlatih memandangkan tournament nasyid juga sudah agak hampir tarikhnya. Sama-sama kita doakan kejayaan wakil SK Putrajaya Presint 16(2).. Amin

Monday, 12 March 2012

Sekolah dapat New Deal




Alhamdulillah..pada Jumaat lepas sekolah kita telah mendapat 'new deals'.. Mungkin ramai yang tidak tahu apa bendakah itu new deals.. Tahun lepas kita sudah dicalonkan namun tak berjaya.. Tapi Alhamdulillah berkat usaha semua guru, kakitangan dan semua yang terbabit tahun ini kita berjaya. New deals adalah terkandung di dalam NKRA. Dibawah adalah sedikit maklumat tentang hal new deals yang disebut dalam perkara NKRA ke 3:-

3. NKRA 3 – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya.  Justeru, kerajaan  akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.
  • Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan.
  • Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.
  • Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012.  Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.
  • Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru  kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.
  • Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh,  akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi  pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.

  • Begitulah serba sedikit  ceritanya. Kita sebagai warga SK Putrajaya Presint 16 (2) patut berbangga kerana terpilih dikalangan beribu-ribu sekolah di Malaysia ini. Sekarang sekolah sedang mengintai untuk mengejar Sekolah Berprestasi Tinggi pula. Tiada yang mustahil. InsyaAllah


    Saturday, 18 February 2012

    Kursus Transformasi Minda

    Assalamualaikum WBT..

    Seramai 5 orang guru agama di SK Putrajaya Presint 16(2) akan menghadiri Kursus Transformasi Minda Peringkat Putrajaya di SM Putrajaya Presint 8(1) pada 18/02/2012 (Sabtu). Mereka yang terlibat ialah :
    1. Puan Nur Aida
    2. Puan Zabidah
    3. Puan Mahirah
    4. Puan Rohani
    5. Ustaz Firdaus Ashraf

    Semoga mendapat manfaat daripada kurus terbabit. Wassalam.

    Wednesday, 15 February 2012

    Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah 2012

    Assalamualaikum WBT..

    SK Putrajaya akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada hari Jumaat bersamaan 17hb Februari 2012/ 24 Rabiul Awal 1433H anjuran Panitia Pendidikan Islam sekolah di bawah selarasan Puan Zabidah n Co.

    Majlis bermula jam 8.10 pagi dengan murid berkumpul di dataran perhimpunan dan akan berarak melalui tempat yang telah ditetapkan sambil berselawat. (Kertas Selawat telah diedarkan dalam perhimpunan pagi hari Rabu 15/ 2 /2012) Selepas perarakan murid akan masuk ke dewan.

    Semua murid akan berehat jam 9.15 pagi dan majlis bersambung pada jam 10 pagi dengan ceramah daripada Penceramah Jemputan dan kemudiaanya pengumuman tokoh Maulidur Rasul. Siapa agaknya tokoh pada tahun ini ya..Majlis akan berakhir pada jam 12 tengah hari dengan selawat dan pengagihan bunga telur.

    Semua murid diminta memakai Baju Melayu lengkap (lelaki) dan Baju Kurung bertudung (perempuan) . Murid juga diminta membawa Bunga Telur sebanyak 2 batang seorang untuk memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut :)

    Semoga majlis akan berjalan dengan lancar dan meriah dan semoga kita semua mendapat pahala amalan yang baik. Wassalam.

    Monday, 13 February 2012

    Menerima Guru Pelatih j-QAF baru

    Assalamualaikum WBT.

    Alhamdulillah pada hari ini (13/2/2012) sekolah menerima 2 lagi guru j-QAF Pendidikan Islam yang akan 'berlatih' di sini selama 1 tahun setengah. Selamat datang kepada Ustaz dan Ustazah . Nama akan di'update ' kemudian. Semoga dapat berlatih dengan baik disini dan menjadi guru-guru yang terbaik di Malaysia ini. Sekiranya ada masalah segera rujuk kepada guru-guru yang berpengalaman.

    Jumlah guru j-QAF terkini ialah 7 orang menjadikan Panitia Pendidikan Islam mempunyai 11 ahli.. Semoga ia terus berkembang demi kemashlahatan ummah. Wassalam

    Thursday, 2 February 2012

    Kem Bestari Solat 1 2012

    Assalamualaikum WBT...
    Kem Bestari Solat 1 SK Putrajaya Presint 16(2) untuk tahun 2012 akan diadakan pada hari Sabtu (11 Februari 2012) dan akan diuruskan oleh Ustazah Siti Salinie. Justeru satu taklimat ringkas akan diadakan kepada semua guru selepas cuti Maulidur Rasul nanti.
    Semua murid diwajibkan hadir dan semoga Kem dapat dijalankan dengan baik dan sempurna tanpa sebarang cacat cela :)