Assalamualaikum WBT.. di sini saya ingin menguraikan sedikit tentang program j-QAF yang sebenarnya untuk kefahaman guru-guru j-QAF sendiri yang masih terkapai-kapai mengenal identiti diri sama ada yang baru mahupun yang dah lama, guru-guru pendidikan Islam, Pentadbir-pentadbir sekolah, guru-guru biasa, dan ibu bapa sendiri yang mungkintidak sedar dengan kewujudan j-QAF ini.
Program
j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI)
melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa
Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah bermula tahun 2005. Diperkenalkan secara berperingkat-peringkat dan di SK Putrajaya Presint 16(2) bermula pada tahun 2007. Pelaksanaan
program ini menggunakan kurikulum serta model dan
modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk
pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan
penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual
waktu sedia ada.Kecuali program TASMIK dan KEM BESTARI SOLAT yang diadakan di luar jadual waktu sekolah. Namun Program Tasmik boleh dilaksanakan dalam waktu persekolahan dengan syarat tidak mengganggu P&P lain dan waktu subjek lain tidak dikurangkan. Semuanya di atas budi bicara pentadbir.
Murid-murid
istimewa dalam sistem pendidikan khas juga akan
dilibatkan dalam program j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga
guru yang khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran,
bahan-bahan sokongan dan insentif yang khas serta
kemudahan-kemudahan lain.
OBJEKTIF PROGRAM j-QAF :
Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:
* Menguasai bacaan dan tulisan jawi
* Khatam al-Quran
* Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi
* Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain
* Menguasai bacaan dan tulisan jawi
* Khatam al-Quran
* Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi
* Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain
KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF :
Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah
memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu
bidang Tilawah al-Qur’an, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan
Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.
1. Pemulihan Jawi
Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.
2. Kepentingan Khatam al-Qur’an
al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

Begitulah serba sedikit penerangan tentang Program j-QAF yang saya petik dari sumber-sumber yang sahih. Semoga sebarang kesalah fahaman tentang Program j-QAF dapat dielakkan semaksimum mungkin. sekian terma kasih - Us Firdaus
Terima kasih atas pencerahan
ReplyDelete